Hajiji terima kunjungan hormat Duta Besar Republik Brazil ke Malaysia

Hajiji terima kunjungan hormat Duta Besar Republik Brazil ke Malaysia

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Brazil ke Malaysia, TYT. Ary Norton de Murat Quintella.

Menurut beliau, ia bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang di antara negara Brazil dan Malaysia amnya dan Sabah khususnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas menerima kunjungan hormat itu di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, Ary Norton yang tertarik dengan keindahan Gunung Kinabalu, kecantikan pantai dan pulau di sekitar bandaraya Kota Kinabalu turut dibawa oleh Hajiji meninjau keindahan pemandangan dari tingkat 33 Menara Kinabalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|