Bandar Seri Begawan: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini menghadiri mesyuarat pra majlis dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengadap Sultan Brunei, di sini, esok.

Turut hadir ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.
Hajiji dan Abang Johari menyertai rombongan Perdana Menteri dalam lawatan rasmi dua hari ke negara ini yang bermula hari ini.

Acara mengadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah esok akan disusuli majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Malaysia dan Brunei Darussalam.
Majlis itu akan disaksikan Anwar, Hajiji dan Abang Johari.
-Deasoka