Hajiji, Juliah hadir Majlis Persantapan Hari Keputeraan ke-77 Sultan Negara Brunei Darussalam

Hajiji, Juliah hadir Majlis Persantapan Hari Keputeraan ke-77 Sultan Negara Brunei Darussalam

Bandar Seri Begawan: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag merupakan antara tetamu khas yang menghadiri Majlis Persantapan Sempena Hari Keputeraan Ke 77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman pada Ahad.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R. M. Jasni.

Pada Sabtu, Hajiji dan Juliah mengadap Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam di Istana Nurul Iman.

Mereka turut menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam dan Majlis Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|