GRS bersama Kerajaan Perpaduan hadapi PRN Sabah, tamat spekulasi politik: PERSANTUN

GRS bersama Kerajaan Perpaduan hadapi PRN Sabah, tamat spekulasi politik: PERSANTUN

Kota Kinabalu: Pendirian Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor, berhubung kesediaan akan berkerjasama dengan Kerajaan Perpaduan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah disifatkan titik noktah kepada khabar angin politik di negeri ini.

Menurut Presiden Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN), Datuk Najib Tay Abdullah berkata, dengan pengumuman itu, ia juga dilihat menamatkan spekulasi yang mengatakan GRS tidak ikhlas dalam konsep menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat.

Jelas beliau, Hajiji yang turut menyatakan kesediaan GRS berkerjasama dengan PH Sabah untuk menghadapi PRN itu pada masa sama menjelaskan hala tuju, naratif dan realiti politik di negeri ini.

“Ia menunjukkan sikap komited GRS dibawah pentadbiran Hajiji yang tetap setiakawan meskipun diasak segenap penjuru oleh mana-mana pihak yang sengaja mahu mencetuskan perbalahan,”…Presiden PERSANTUN, Datuk Najib Tay Abdullah.

“Menerusi kenyataan beliau (Hajiji) baru-baru ini, saya harap ia boleh menghentikan tohmahan songsang sesetengah pihak mengenai pendirian GRS terhadap status politik di negeri Sabah.

“Ia sekaligus menunjukkan sikap komited GRS dibawah pentadbiran Hajiji yang tetap setiakawan meskipun diasak segenap penjuru oleh mana-mana pihak yang sengaja mahu mencetuskan perbalahan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengenai cadangan kontroversi Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee baru-baru ini, Najib menyifatkan ia kenyataan dangkal yang keluar daripada mulut seorang tokoh politik lebih-lebih parti yang merupakan sebahagian daripada komponen GRS itu sendiri.

“Saya menganggap Datuk Yong telah silap kerana terlalu teruja dan emosi dalam hal ini tanpa memikirkan kesan yang diterima oleh GRS.

“Beliau perlu menyatakan niat sebenarnya kenapa berkata demikian, dan apa yang paling penting tolong nyatakan juga matlamat sebenar beliau untuk memilih pihak mana, kerana tindakan beliau ini menyebabkan ramai pihak menuding jari kepada GRS,” katanya.

Untuk rekod, Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) turut menyelar tindakan Yong yang secara terbuka mencadangkan agar tiada parti dari semenanjung untuk bertanding dalam PRN akan datang selain memberi pendapat GRS perlu bertanding dalam kesemua kerusi DUN akan datang.

Pengerusi GRS itu turut berkata, kenyataan Yong adalah bersifat peribadi, bukannya mewakili GRS.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|