DUN Sabah lulus RUU Anti Lompat Parti

DUN Sabah lulus RUU Anti Lompat Parti

Kota Kinabalu: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Negeri Sabah berkaitan anti lompat parti, hari ini.

RUU Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan 2023) yang melarang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti itu diluluskan selepas disokong oleh lebih dua pertiga ADUN yang hadir.

Keputusan itu dicapai selepas dua pengundian belah bahagian untuk Fasal 2 berkaitan pindaan Perkara 6 Perlembagaan Sabah dan pengundian bacaan ketiga RUU larangan bertukar parti.

Seramai 61 ADUN menyokong, sementara 14 tidak bersetuju dan empat lagi tidak hadir bagi pengundian belah bahagian Fasal 2.

Manakala, 75 ADUN menyokong dan empat tidak hadir bagi pengundian bacaan ketiga RUU larangan bertukar parti.

Tiada ADUN yang berkecuali dalam kedua-dua pengundian.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|