Dua rumah musnah dalam kebakaran di Bundu Tuhan

Dua rumah musnah dalam kebakaran di Bundu Tuhan

RANAU: Dua buah rumah musnah dalam kebakaran berlaku di Jalan Tenompok, Kampung Bundu Tuhan, dekat sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden berkenaan pada jam 11.56 tengah hari, sebelum sepasukan anggota dan jentera dikerahkan ke lokasi untuk operasi pemadaman.

“Laporan awal kebakaran ini melibatkan dua buah rumah dan Balai Bomba dan anggota Penyelamat (BBP) Ranau bertindak memadam kebakaran sebaik tiba ke lokasi.

“Operasi dilaporkan terkawal pada jam 1.30 petang, “katanya.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|