SANDAKAN: Dua nelayan berdepan detik cemas selepas berjaya diselamatkan Maritim Malaysia daripada lemas dalam kejadian bot dinaiki mereka karam di perairan 0.29 batu nautika selatan Pulau Berhala, dekat sini.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, kedua-dua mangsa berjaya ditemukan oleh sepasukan anggota yang bertugas melakukan rondaan di lokasi berkenaan.
“Pemeriksaan disekitar jeti pada pukul 10.50 malam menggunakan “Search Light” telah mengesan lokasi mangsa yang berada lebih kurang 0.29 batu nautika selatan Pulau Berhala, tidak jauh dari Jeti Maritim Sandakan.
“Bot Kilat 34 yang ditugaskan ke lokasi kejadian bagi tugasan CARILAMAT telah berjaya menyelamatkan dua lelaki dewasa namun bot yang dinaiki mereka hanyut dan karam dipukul ombak, “katanya.
Jelas beliau, kedua-dua mangsa yang berusia 36 dan 43 tahun itu difahamkan tidak memakai memakai jaket keselamatan dengan keadaan ombak yang besar dan arus yang kuat menyebabkan bot mereka terbalik lalu tenggelam.
“Ketika cuaca yang tidak menentu serta ancaman angin kuat Monsun Timur Laut, para komuniti nelayan dinasihatkan agar tidak leka dan mengambil pengajaran agar patuhi langkah-langkah keselamatan sepanjang berada di laut bagi mengelak daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini” katanya.
Deasoka