DBKK anjur Kursus kemahiran perhati burung, pulihara alam sekitar

DBKK anjur Kursus kemahiran perhati burung, pulihara alam sekitar


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) buat julung kalinya menganjurkan Kursus Kemahiran Memerhati Burung Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Di Kawasan Sub Urban Bandaraya Kota Kinabalu selama tiga hari dua malam, baru-baru ini.


Kursus bertempat di Pusat Pelancongan Edu-Kolosunan, Kampung Kolosunan Inanam pada 3 hingga 5 November lalu itu turut melibatkan kerjasama pihak Taman-Taman Sabah (TTS).

Menurut Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie, seramai 20 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri dalam kalangan komuniti Kg. Kolosunan, Kg. Babagon Toki, Kg. Binaung Baru, Homestay Desa Cinta Kobuni Inanam dan Homestay Darau Wetland.

“Selain sesi taklimat yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Taman-Taman Sabah, sesi latihan amali turut diadakan di sekitar laluan rentis hutan di kampung tersebut.

“Hasil daripada latihan amali yang dibuat selama lima jam dalam tempoh kursus ini diadakan, lebih kurang 84 spesis burung telah ditemui dan 12 daripadanya adalah spesis endemik, manakala 3 spesis pula adalah burung pengembara,” katanya.

Majlis Perasmian penutupan kursus ini telah diadakan pada 5 November lalu dan disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri Sabah merangkap ADUN Inanam, Peto Galim.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|