Covid-19: Kabinet Sabah bincang SOP ketibaan pelancong China esok – Hajiji

Covid-19: Kabinet Sabah bincang SOP ketibaan pelancong China esok – Hajiji

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri akan memutuskan prosedur operasi standard (SOP) ketibaan pelancong dari China berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara itu, esok.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet negeri sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Esok kita akan adakan mesyuarat Kabinet untuk membuat keputusan atau SOP untuk kita menerima pelancong daripada negara China.

“Jadi sehingga kita mengadakan mesyuarat itu esok barulah saya boleh mengulas dengan lebih lanjut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam kepada penduduk Kampung Tanjung Aru Baru, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Jurucakap Perkembangan Harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, semua pengunjung yang datang dari negara China wajib menunjukkan keputusan negatif Covid-19 berkuatkuasa 1 Januari 2023.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, ujian Covid-19 perlu dibuat sebelum berlepas dari negara itu dalam tempoh 48 jam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|