Amaran hujan berterusan di Sandakan, Kudat hingga esok

Amaran hujan berterusan di Sandakan, Kudat hingga esok

Kota Kinabalu: Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di bahagian Sandakan dan Kudat berkuatkuasa tengah hari tadi hingga esok.

Amaran itu merangkumi daerah Telupid, Beluran, Kinabatangan, Sandakan dan Kudat.

Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat di Sarawak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|