Bomba selamatkan 59 mangsa banjir

Bomba selamatkan 59 mangsa banjir

Kota Marudu: Pasukan Bomba menyelamatkan 59 mangsa di dua kampung di daeran ini yang terperangkap selepas rumah mereka dinaiki air akibat banjir, hari ini.

Semua mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Komuniti Kota Marudu.

Pasukan Bomba bergerak ke lokasi kejadian

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu terima panggilan kecemasan berlaku banjir pada 11.07 pagi.

Katanya, pasukan bomba bergerak ke lokasi kejadian dan seterusnya menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir.

“Anggota bomba memindahkan seramai 15 keluarga membabitkan 44 mangsa di Kampung Kuranji manakala lima keluarga membabitkan 15 orang di Kampung Ongkilan Laut.

“Semua mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Komuniti Kota Marudu menggunakan kenderaan lori dan kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba masih menjalankan pemantauan di sekitar kawasan berkenaan.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|