Kota Kinabalu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan pemantauan terhadap saluran parit monsun yang didakwa mengeluarkan bau busuk di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Selatan, di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai pencemaran air di parit monsun KKIP Selatan, jam 8.57 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi berkenaan.
“Berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh pemanggil, terdapat pencemaran air parit monsun menyebabkan bau busuk dan keadaan warna air hitam.
“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di sepanjang parit monson dan didapati sisa buang itu adalah jenis minyak hitam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, kes seterusnya diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya.
“Selepas memastikan kawasan selamat, operasi ditamatkan pada 9.54 pagi,” katanya.
-Deasoka