Bersama pelihara perpaduan, jauhi sengketa

Bersama pelihara perpaduan, jauhi sengketa

Beaufort: Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memelihara perpaduan dan menjauhi segala bentuk persengketaan dalam membangunkan sebuah negara yang harmoni.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching berkata, ia selari dengan dasar Kerajaan Perpaduan yang mementingkan kesepaduan antara semua pihak tanpa mengira latar belakang atau agama dan politik.

Aminah menyampaikan kelendar dan limau Mandarin kepada peniaga di pekan Kuala Penyu.

Menurutnya, masyarakat Malaysia secara keseluruhahnya perlu bangkit dalam kesatuan yang kukuh untuk mengembalikan kegemilangan negara terutama dalam membina kekuatan ekonomi yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19 beberapa tahun lalu.

“Melangkah ke tahun baharu 2023, saya ingin mengambil kesempatan menyeru rakyat Malaysia khususnya di kawasan ini, untuk bersama-sama berusaha menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara,” katanya.

Aminah menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkamampuan dan kurang upaya.

Beliau ditemui pada program lawatan ke kedai-kedai sempena Tahun Baharu Cina di daerah Beaufort, Kuala Penyu dan Menumbok baru baru ini.

Program itu bagi menyampaikan ucapan selamat tahun baha kepada golongan peniaga terutamanya kaum Tiong Hwa dan sumbangan limau Mandarin kepada mereka.

Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, perpaduan adalah aset amat penting bagi sesebuah negara terutama mengekalkan kemakmuran dan kedaulatan negara.

Beliau berkata, asas utama perpaduan dapat dinikmati hingga ke hari ini dan rakyat berbilang kaum dapat meraikan setiap perayaan secara bersama.

“Kepelbagaian perayaan disambut meriah oleh masyarakat Malaysia adalah satu lambang keunikan yang membuktikan kejayaan negara dalam menyemai semangat perpaduan kaum dan sikap ini turut ditekankan dalam kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Sehubungan itu, Aminah menambah sikap toleransi adalah teras utama perpaduan berbilang kaum di negara ini.

Katanya, rakyat di negara ini harus bersyukur dengan nikmat yang dikecapi selama ini yang mampu dikatakan lengkap baik dari aspek ekonomi, sosial, politik dan lain-lain perkara.

“Jika kita lihat pada hari ini, kita telah menyambut setiap perayaan yang diraikan oleh setiap kaum yang tinggal di negara ini dengan penuh aman dan harmoni.

“Dengan tiada kekangan, tiada perasaan ragu-ragu dan disambut dengan penuh meriah bagi setiap aktiviti yang diadakan, ia telah membuktikan bahawa perpaduan negara kita amat kukuh,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|