Banjir: Telupid, Tawau daerah terkini terkesan banjir

Banjir: Telupid, Tawau daerah terkini terkesan banjir

Kota Kinabalu: Lima daerah masih terjejas akibat banjir di negeri ini, termasuk Telupid dan Tawau yang dilaporkan kawasan terkini dilanda banjir.

Ia menyebabkan bilangan mangsa yang dipndahkan akibat bencana itu terus meningkat dengan jumlah terkini setakat jam 8 pagi ini seramai 6,843 mangsa daripada 2,412 Ketua Isi Rumah (KIR).

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, Kota Marudu kekal sebagai daerah yang mencatat jumlah mangsa tertinggi, dengan 4,789 mangsa, diikuti dengan Pitas (1,201 mangsa) dan Paitan (720 mangsa).

Situasi semasa di salah sebuah PPS yang beroperasi di Kota Marudu

“Daerah Tawau melaporkan seramai 109 mangsa, manakala Telupid melaporkan 24 mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa kini telah ditempatkan di 30 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah diaktifkan di daerah-daerah terjejas.

“Berdasarkan perkembangan terkini, dua PPS telah dibuka di Telupid iaitu Dewan Kg Maau dan Masjid Kg Gana Jati.

“Sementara di Tawau sebuah satu PPS telah dibuka di Dewan Mini Al-Mukarramah Kampung Tanjung Batu Keramat,” katanya.

Tambahnya, PPS SMK Tandek dan PPS Dewan Msolog di Kota Marudu masih dalam proses pemurnian data oleh pihak berwajib.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|