Banjir: Mangsa banjir dipindahkan terus catat peningkatan

Banjir: Mangsa banjir dipindahkan terus catat peningkatan

Kota Kinabalu: Setakat jam 4 petang tadi, jumlah mangsa terjejas banjir di negeri ini meningkat kepada 6,453 mangsa berbanding 6,313 mangsa dilaporkan pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan bahawa jumlah itu membabitkan sebanyak 2,209 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada daerah-daerah yang dilanda banjir.

“Antara daerah yang masih terjejas ialah Kota Marudu (4,789 mangsa), Kudat (739 mangsa), Pitas (554 mangsa) dan Paitan (371 mangsa).

“Kesemua mangsa-mangsa kini ditempatkan di 24 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah diaktifkan.

“Terdapat dua PPS yang telah ditutup susulan keadaan banjir yang sudah beransur pulih, antaranya ialah Dewan Terbuka Matunggong, Kudat dan Dewan SMK Terusan, Lahad Datu.

“Manakala, PPS SMK Tandek, Kota Marudu kini dalam proses pemurnian oleh pihak berwajib,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|