Kota Kinabalu: Situasi semasa bencana banjir di Sabah semakin pulih dengan hanya 358 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah setakat petang ini berbanding 452 mangsa pagi tadi.
Tiga daerah terbabit ialah Beaufort (209 mangsa), Telupid (101 mangsa) dan Beluran (48 mangsa).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata PPS yang masih beroperasi ialah Masjid (Lama) Gana Jati, Masjid Kampung Nangoh, Balai Raya Kampung Klagan, Mini Dewan Kg Balaban Jaya dan Dewan Serbaguna Selagon.

Sementara itu, katanya seramai 39 mangsa kebakaran daripada 7 keluarga telah dipindahkan ke PPS Masjid Al Munawwaroh Kampung Jawa di Tawau selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran semalam.
-Deasoka