Banjir: Jumlah mangsa di PPS masih meningkat

Banjir: Jumlah mangsa di PPS masih meningkat

Kota Kinabalu: Situasi semasa bencana banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini terus menunjukkan trend peningkatan, malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, seramai 690 mangsa daripada 204 Ketua Isi Rumah (KIR) dicatat di lima daerah setakat jam 8 malam.

Menurutnya, antara daerah yang terjejas ialah Telupid (453 mangsa), Paitan (122 mangsa), Lahad Datu (45 mangsa), Beluran (6 mangsa) dan yang terbaru, Beaufort (64 mangsa).

“Sehubungan itu, kesemua mangsa telah dipindahkan ke 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah diaktifkan di daerah terbabit.

“Berikutan perkembangan terkini, sebuah PPS telah dibuka di Beaufort, iaitu Dewan Serbaguna Selagon yang menempatkan seramai 64 mangsa daripada 18 KIR,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, sebuah PPS di Telupid, iaitu Balai Raya Kampung Pinunuanakan bagaimanapun ditutup dan kesemua mangsa telah dihantar pulang ke rumah masing-masing.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|