Banjir: 758 mangsa masih di PPS

Banjir: 758 mangsa masih di PPS

Kota Kinabalu: Setakat jam 8 pagi ini, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah seramai 758 mangsa daripada 220 Ketua Isi Rumah (KIR).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, ia merupakan peningkatan berbanding 690 mangsa daripada 204 KIR yang dilaporkan semalam.

“Kesemua mangsa kini ditempatkan di 15 PPS yang masih beroperasi di daerah-daerah yang terjejas.

“Antara PPS yang mencatatkan pemindahan tertinggi ialah Dewan Serbaguna Selagon (118 mangsa), Dewan Kg Bauto (116 mangsa) dan Masjid (Lama) Gana Jati (74 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Keadaan semasa di PPS Dewan Serbaguna Selagon, Beaufort yang menempatkan mangsa terjejas banjir di daerah berkenaan.

Sementara itu, katanya, lima daerah yang masih terjejas ialah Telupid (425 mangsa), Paitan (123 mangsa), dan Beaufort (118 mangsa).

Selain itu, ialah daerah Beluran (47 mangsa) dan Lahad Datu (45 mangsa).

Pasukan bomba memindahkan mangsa banjir di Kampung Bakalau, Beaufort ke PPS Dewan Serbaguna Selagon, semalam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|