Banjir: Jumlah mangsa banjir Sabah melepasi paras 10,000

Banjir: Jumlah mangsa banjir Sabah melepasi paras 10,000

Kota Kinabalu: Angka mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini melepasi paras 10,000 orang, setakat jam 8 malam ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, seramai 10,312 mangsa daripada 3,564 Ketua Isi Rumah (KIR) telah direkodkan daripada lima daerah yang terjejas.

“Kota Marudu kekal sebagai daerah yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 7,358 mangsa, diikuti dengan Pitas (2,160 mangsa) dan Paitan (664 mangsa).

“Daerah Tawau mencatatkan seramai 108 mangsa, manakala Telupid merekodkan 21 mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa yang terjejas banjir telah dipindahkan ke 33 buah PPS yang telah diaktifkan di daerah-daerah tersebut.

“Tiga PPS yang mencatatkan pemindahan mangsa tertinggi ialah SMK Tandek (1,361 mangsa), SK Ranau (1,206 mangsa) dan SK Pekan 2 (968 mangsa),” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|