Ketua Menteri hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Tawau

Ketua Menteri hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Tawau

TAWAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor merupakan antara tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran gabungan 7 bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Dewan Masyarakat Tawau pada Ahad.

Lebih 10,000 orang masyarakat berbilang kaum dan agama menghadiri majlis itu yang dianjurkan bersama oleh Gagasan Rakyat bahagian Balung, Apas, Sri Tanjung, Kukusan, Tanjung Batu, Merotai dan Sebatik.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat turut menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 80 orang asnaf di majlis itu.

Bercakap kepada pemberita, Hajiji berkata, Majlis Rumah Terbuka dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan keharmonian dikalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini termasuk di Sabah.

Katanya, dalam suasana sambutan Hari Raya, golongan kurang bernasib baik tidak dilupakan termasuk OKU dan asnaf, mesti disantuni dan diberi bantuan agar mereka dapat bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Kadzim M.Yahya, menteri, dan pembantu-pembantu menteri, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua masyarakat.

Sebelum berangkat pulang ke Kota Kinabalu Hajiji turut meluangkan masa menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Datuk Tahir Picho di Seri Indah Regency Tawau.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|