Banjir: 2 PPS diaktifkan di Paitan

Banjir: 2 PPS diaktifkan di Paitan

Kota Kinabalu: Sebanyak dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan di daerah Paitan bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas disebabkan banjir yang berlaku.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, sebanyak 77 mangsa daripada 19 Ketua Isi Rumah (KIR) telah direkodkan setakat jam 4 pagi tadi.

Keadaan sekitar usaha memindahkan mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir di Paitan.

“Dua PPS yang kini beroperasi ialah Dewan Kg. Kubambangan yang menempatkan seramai 38 mangsa daripada 10 KIR.

“Sementara PPS Dewan Kg. Batangon Darat menempatkan seramai 39 mangsa daripada sembilan KIR.

“Trend semasa situasi banjir di negeri ini adalah kekal,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memantau
empat kawasan hotspot bencana melibatkan Kg. Kabuluh, Kg. Batangon Darat, Kg. Batangon Laut, Kg. Sokoon dan Kg. Sg. Tangkarasaon.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|