Amaran ribut petir, hujan lebat dikeluarkan bagi beberapa bahagian di Sabah – MetMalaysia

Amaran ribut petir, hujan lebat dikeluarkan bagi beberapa bahagian di Sabah – MetMalaysia

Kota Kinabalu: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa daerah di negeri ini.

Menerusi laman sesawang Facebook MetMalaysia, memaklumkan bahawa amaran itu akan berkuatkuasa sehingga jam 9 malam ini.

“Amaran itu dikeluarkan bagi beberapa bahagian di negeri ini, antaranya ialah di Pedalaman, iaitu di Beaufort.

“Turut terlibat ialah bahagian Pantai Barat, yang meliputi Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran; serta Tawau,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semua amaran itu dikeluarkan pada jam 6 petang tadi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|