Air deras berlumpur jejas pengguna Jalan Tamparuli-Kundasang

Air deras berlumpur jejas pengguna Jalan Tamparuli-Kundasang

Kota Kinabalu: Pengguna Jalan Tamparuli-Kundasang, khususnya di laluan Kampung Minangkob, terjejas berikutan aliran deras air berlumpur yang mengalir dari bukit disebabkan hujan lebat berterusan petang tadi.

Difahamkan, keadaan itu berpunca daripada parit di tepi jalan yang tersumbat selain tidak dapat menampung aliran air hujan yang banyak turun dari bukit.

Berdasarkan video yang tular, air berlumpur melimpah ke jalan raya hingga menjejaskan kenderaan yang menghala ke Tamparuli dan sebaliknya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa daerah di Sabah.

Amaran itu akan berkuat kuasa sehingga jam 9 malam ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|