Al Hambra, Richard Yong dilantik Timbalan Speaker DUN baharu

Al Hambra, Richard Yong dilantik Timbalan Speaker DUN baharu

Kota Kinabalu: Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Nur Jauhar, Datuk Haji Al Hambra Tun Juhar dan Timbalan Presiden/Setiausaha Agung Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Richard Yong Ke Wong dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang baharu.

Al Hambra dan Yong mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin selepas menerima watikah pelantikan mereka dalam majlis ringkas yang dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Mereka telah menandatangani dokumen pelantikan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Ismail Brahim.

Menggantikan Datuk Ahmad Abdul Rahman dan Datuk George Ginibun, pelantikan Al Hambra dan Yong adalah untuk lima tahun.

Turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Speaker, Datuk Kadzim M Yahya; Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin; dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|