ADUN Limbahau umum keluar KDM, sokong kerajaan negeri

ADUN Limbahau umum keluar KDM, sokong kerajaan negeri

Kota Kinabalu: Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Juil Nuatim telah mengumumkan keputusannya untuk keluar parti.

Namun, katanya, beliau belum menyertai mana-mana parti, dan akan kekal sebagai ADUN bebas yang menyokong Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Juil turut memaklumkan bahawa hasratnya itu telah disampaikan kepada Hajiji baru-baru ini.

Terdahulu, Juil telah memenangi kerusi DUN Limbahau atas tiket Warisan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020, sebelum bertindak parti pada 2021.

Beliau kemudian telah menubuhkan parti KDM bersama bekas Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony pada 2022.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|