8 pintu rumah pekerja ladang musnah terbakar

8 pintu rumah pekerja ladang musnah terbakar

Lahad Datu: Satu blok rumah pekerja ladang yang mempunyai lapan pintu, musnah dalam kebakaran di Jalan Lahad Datu – Sandakan, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.29 pagi.

Satu blok rumah kongsi pekerja ladang musnah terbakar.

Katanya, sepasukan lapan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan satu blok mempunyai lapan pintu rumah kongsi pekerja ladang musnah sepenuhnya.

“Satu lagi blok terbakar 20 peratus di bahagian dinding,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak memadam api menggunakan satu aliran dua pancutan dari tangki jentera dan lori tangki air ladang berkenaan.

“Tiada mangsa yang dilaporkan terbabit dan operasi terkawal pada 11 pagi dan tamat sepenuhnya setengah jam kemudian.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|