40 ibu tunggal, golongan B40 sertai kursus pembuatan kek, mee

40 ibu tunggal, golongan B40 sertai kursus pembuatan kek, mee

Beaufort: Seramai 40 orang peserta dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut dan DUN Lumadan menyertai kursus membuat kek, roti dan pastri serta memproses dan memasak mee di Kilang Mee Aniq Kampung Lumat, di sini.

ADUN Lumadan merangkap Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd, Datuk Ruslan Muharam berkata, penganjuran kursus itu memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan ibu tunggal dan B40.

Ruslan menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.

Katanya, kursus yang dianjurkan pada 12 hingga 14 Januari itu antara usaha membantu golongan sasar bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang berkaitan.

“Dengan adanya kemahiran ini mereka akan dapat meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing. Kerana inilah keinginan kerajaan, untuk kita sama-sama meningkatkan ekonomi melalui bidang kemahiran dan juga perniagaan itu sendiri,” katanya.

Ruslan menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena perasmian kursus berkenaan di Dewan Bangunan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, salah seorang peserta, Hableen @ Marciana Lawrence berkata, beliau menyertai kursus tersebut kerana minat dan niat ingin menambah ilmu.

Tambah beliau, para peserta turut diberi peluang untuk mengunakan mesin manual dan automatik dalam kilang.

“Terima kasih kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) kerana memberi peluang kepada kami, masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah menyertai kursus ini.

“Selepas kursus ini, kami akan terus berlatih lagi, semoga apa yang telah dipelajari dapat membantu kita meningkatkan ekonomi keluarga,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|