316 kenderaan diperiksa, 33 tiada lesen memandu

316 kenderaan diperiksa, 33 tiada lesen memandu

Sandakan: Sebanyak 316 buah kenderaan diperiksa dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan kira-kira dua jam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah di beberapa lokasi di Sandakan, pada Khamis, malam.

Dalam Ops bermula kira-kira jam 7 malam itu, sebanyak 177 notis JPJ dikeluarkan.

Pengarah JPJ Sabah, Mohd Harris Ali berkata, Ops berkenaan menumpukan kesalahan tiada lesen memandu dan penggunaan lampu discas ketumpatan tinggi (HID).

Hasilnya, sebanyak 33 kesalahan tiada lesen memandu dan dua kesalahan penggunaan lampu HID berjaya dikesan.

“Bagi yang tiada lesen memandu sebanyak 33 kesalahan, tiada PSV tiada kes didapat, manakala tiada JDL tiga kes direkodkan pada malam ini.

“Bagi kes perlesenan kenderaan tiada lesen motor tiada kes, semuanya ada, lesen kenderaan motor tamat tempoh, 25 yang dapat direkodkan dan tiada insurans sembilan kes.

“Kes teknikal kenderaan, penggunaan lampu HID yang diberi fokus kita pada malam ini dua kes, cermin gelap 33 kes dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi 25 (kes),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, selepas menyertai operasi bersepadu di Sandakan, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Harris berkata, sejak Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 15,999 notis JPJ dikeluarkan.

Dalam tempoh sama, sebanyak 301 buah kenderaan turut disita.

Justeru, pihaknya akan meneruskan usaha menguatkuasakan akta pengangkutan jalan di Sabah dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya lebih terjamin.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|