31 JKKK Kadamaian terima sumbangan geran pentadbiran

31 JKKK Kadamaian terima sumbangan geran pentadbiran

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan geran pentadbiran kepada 31 badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Kadamaian sempena sambutan pre-krismas UPKO, di perkarangan Pejabat Khidmat Adun Kadamaian, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu turut menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada tujuh badan bukan kerajaan (NGO) kawasan Kadamaian.

Tujuh NGO itu ialah Kelab Progresif Kadamaian, Kelab Kebajikan Kadamaian, Kelab Belia Kampung Sayap, Persatuan Gompito, Badan JKKK Kg.Taginambur Jaya, Badan JKKK Kampung Lasau Podi dan Badan JKKK Kampung Lahanas.

“Sambutan keagamaan seperti Krismas merupakan antara acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun di Kadamaian sebagai wadah kesatuan kekeluargaan dan memupuk perpaduan dalam komuniti….”

ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick

Badan bukan kerajaan itu masing-masing menerima sumbangan CSR sebanyak RM5,000 dan touchpoint kepada 31 badan JKKK masing-masing menerima RM2,000 daripada peruntukan khas ADUN Kadamaian.

Menurut Ewon, badan JKKK yang selebihnya akan menerima geran pentadbiran masing-masing selepas mereka menyelesaikan urusan penukaran nama atau pembukaan akaun bank JKKK masing-masing.

Ketika berucap pada majlis itu, Ewon berkata sambutan keagamaan seperti Krismas merupakan antara acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun di Kadamaian sebagai wadah kesatuan kekeluargaan dan memupuk perpaduan dalam komuniti.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SKM Rusli Jaafar, Pengarah SKM Sabah Matias Kundapin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Saikom Watis dan Demis Rumanti dan Penyelaras Penerbitan TV Ruskap Muaram.

Pada majlis itu, RTM turut membuat rakaman Krismas “Kami Bah Ini”, untuk disiarkan pada 25 Disember ini.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|