Waspada infografik palsu jawatan kosong dan rumah SMJ – JKM

Waspada infografik palsu jawatan kosong dan rumah SMJ – JKM

Kota Kinabalu: Orang ramai dinasihatkan berwaspada terhadap beberapa infografik jawatan kosong dan Rumah Mesra SMJ yang mempunyai jata negeri disertai gambar Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah, berkata ia adalah maklumat dan infografik palsu.

“Ia hanyalah umpan klik untuk menjana trafik ke laman web tertentu,” katanya.

Katanya, pautan yang disediakan dalam infografik bagi program Rumah Mesra SMJ juga adalah palsu kerana mengarahkan orang ramai ke halaman lain mengenai kekosongan jawatan dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|