Wanita meninggal dunia ketika mendaki

Wanita meninggal dunia ketika mendaki

Tamparuli: Seorang wanita disahkan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Kokobuan Trig Hill Kampung Rungus Nahaba, di sini, hari ini.

Sebelum kejadian, mangsa Jennifer Jolly, 46, dikatakan mendaki bukit berkenaan bersama rombongan seramai 11 orang.

Ketika di Kilometer 2.5 mangsa dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri sebelum diberikan
bantuan pernafasan kecemasan (CPR) oleh guide namun tiada tindak balas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.49 tengah hari.

Katanya, sepasukan 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba sedang menjalankan operasi membawa mangsa turun menggunakan strecher,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|