Bot terbalik: seorang dikhuatiri lemas, empat selamat

Bot terbalik: seorang dikhuatiri lemas, empat selamat

Beaufort: Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala empat rakan sekerjanya selamat selepas bot dinaiki mereka terbalik di sungai Batu 64, di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Musai, 60, bersama empat rakan sekerjanya berada di dalam bot sedang melakukan kerja-kerja menarik kabel lalu terbalik.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6 petang.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|