Tujuh remaja terperangkap kepala air diselamatkan

Tujuh remaja terperangkap kepala air diselamatkan

Lahad Datu: Tujuh remaja lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Membatu, di sini, petang tadi.

Difahamkan, ketika kejadian semua mangsa berusia 15 hingga 17 tahun melakukan aktiviti mandi-manda di kawasan sungai berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.25 petang.

Katanya, seramai 11 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat
Lahad Datu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Seramai tujuh remaja lelaki dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air ketika melakukan aktiviti mandi-manda.

“Semua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan pasukan polis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semua mangsa seterusnya dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

“Selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 7.30 malam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|