Usaha tingkatkan keupayaan pertahanan Sabah sentiasa berterusan

Usaha tingkatkan keupayaan pertahanan Sabah sentiasa berterusan

Kota Kinabalu: Usaha meningkatkan keupayaan pertahanan di negeri ini sentiasa berterusan dari semasa ke semasa menerusi pelbagai inisiatif.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berkata, antara usaha yang dilaksanakan termasuk pembinaan kem tentera darat di Felda Lahad Datu dan Kem Rejimen Askar Diraja Kota Belud.

Hishamuddin beramah mesra bersama anggota tentera ketika lawatannya di Kem Lok Kawi.

Katanya, selain itu, usaha itu ditambah lagi dengan pengagihan helikopter MD530G milik pasukan tentera darat dan penubuhan Stesen Udara Kota Kinabalu di Pangkalan TLDM Sepanggar.

“Begitu juga dengan pemberian empat kapal Littoral Mission Ship (LMS) yang kini digunakan di TLDM Sepanggar.

“Saya memberi jaminan, kerjasama di antara Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sabah akan terus dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media dalam lawatan ke Kem Lok Kawi, di sini, hari ini.

Hishamuddin berkata, beliau juga akan bertemu dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi meneliti dengan lebih bsik permasalahan berkaitan keselamatan di negeri ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|