UMS beri pelepasan kepada pelajar pulang mengundi PRU-15

UMS beri pelepasan kepada pelajar pulang mengundi PRU-15

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyambut baik pengumuman daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memberikan pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi sempena Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof Dr Rasid Mail berkata, UMS turut bersetuju membenarkan pelajar melakukan perjalanan dari 17 hingga 21 November bagi menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara.

Prof Dr Rasid Mail

“Semua kuliah dan tutorial akan ditangguhkan ke tarikh lain. Sementara itu, pensyarah dan pelajar perlu membuat perbincangan dan penyelarasan semula bagi menggantikan kuliah, tutorial atau aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdP) berkaitan yang ditangguhkan dalam tempoh tersebut.

“Semua aktiviti pengajian akademik sama ada bersemuka atau dalam talian akan bermula semula seperti biasa pada 22 November,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, KPT dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 21 Oktober lalu, menjelaskan pelajar diberikan pelepasan dari 17 hingga 21 November 2022 bagi memberikan tempoh yang cukup untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke/dari lokasi mengundi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|