Ular sawa ‘betapuk’ dalam ‘dashboard’ kereta

Ular sawa ‘betapuk’ dalam ‘dashboard’ kereta

Labuan: Seorang pemilik kereta terkejut selepas melihat kelibat seekor ular sawa yang ‘bersembunyi’ di dalam papan pemuka kenderaan, semalam.

Menyedari kehadiran reptilia itu, pemilik kenderaan terbabit terus menghubungi pusat panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan menangkap ular berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari.

Pasukan APM Labuan menangkap ular sawa yang bersembunyi dalam dashboard kereta.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, kejadian berlaku di tempat letak kenderaan Hotel Premierz Labuan, di sini.

Katanya, pasukan operasi terpaksa menyediakan peralatan khas bagi digunakan untuk menangkap ular berkenaan.

“Haiwan spesis ular sawa itu berjaya ditangkap dan terus dibawa balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Labuan.

“Ia kemudiannya sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Labuan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di laman sosial facebook, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|