UCSF terima zakat Bank Islam

UCSF terima zakat Bank Islam

Kota Kinabalu: University College Sabah Foundation (UCSF), baru-baru ini menerima zakat untuk asnaf daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Penyerahan zakat daripada BIMB itu diadakan sempena hari terbuka UCSF di kampusnya di Sembulan, di sini, pada Isnin dengan kehadiran lebih 100 orang.

Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris dalam ucapan beliau pada majlis itu menyatakan penghargaan kepada pihak BIMB kerana memilih UCSF sebagai salah satu organisasi untuk menerima zakat bagi asnaf.

Selain pelajar dan pensyarah, turut hadir pada majlis itu ialah Datuk Clarence Bongkos Malakun, Asman Dulamid, Pengurus Bahagian Pembangunan Pendidikan, Johari Baharum dan Japri Mat Salleh dari BIMB.

Sementara itu, Johari berkata, BIMB akan cuba untuk meningkatkan sumbangan zakatnya untuk mencapai lebih ramai asnaf.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|