Tun Juhar, Hajiji hadiri sambutan Ulang Tahun ke-77 Kemerdekaan Indonesia

Tun Juhar, Hajiji hadiri sambutan Ulang Tahun ke-77 Kemerdekaan Indonesia

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri sambutan Resepsi Hari Ulang Tahun ke-77 Kemerdekaan Republik Indonesia, di sini, malam tadi.

Turut berangkat ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah,Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hajiji menerima nasi tumpeng daripada Rafail sempena sambutan Resepsi Hari Ulang Tahun ke-77 Kemerdekaan Republik Indonesia, di Kota Kinabalu.

Yang turut hadir ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag dan Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Kota Kinabalu, Rafail Walangitan.

Tetamu disajikan dengan makanan tradisi Indonesia antaranya bakso, soto dan nasi tumpeng serta tarian tradisi sebelum acara minuman ucap selamat dimulakan oleh Tun Juhar diikuti Rafail.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|