Tujuh termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kemalangan

Tujuh termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kemalangan

Kota Kinabalu: Tujuh termasuk dua kanak-kanak cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Aeropod, Tanjung Aru, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, lima mangsa dilaporkan menaiki Perodua Axia manakala Toyota Altis pula dinaiki seorang pemandu dan seorang penumpang.

Mangsa cedera dibawa ke hospital menggunakan kenderaan EMRS untuk rawatan lanjut. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.35 petang.

Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dan bot penyelamat dikerah bergegas ke lokasi kejadian.

Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Aeropod, Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Pix Ihsan Bomba

“Terdapat tujuh mangsa terlibat yang dilaporkan mengalami kecederaan. Semua mangsa terus diberikan rawatan awal di lokasi oleh pasukan EMRS.

“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) menggunakan jentera EMRS Kota Kinabalu dan EMRS Lintas,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, setakat ini, semua maklumat berhubung mangsa kemalangan masih belum diperolehi.

Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.37 malam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|