Tokoh Maulidur Rasul tekad perjuangkan Islam

Tokoh Maulidur Rasul tekad perjuangkan Islam

Sandakan: Presiden Persatuan Muslim Cina Malaysia (MACMA), yang juga seorang mualaf dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul lelaki sempena sambutan Maulidur Rasul Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin yang juga bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), dipilih atas sumbangan beliau terhadap pembangunan pendidikan dan Islam.

“Saya berharap Allah SWT akan memberikan kekuatan kepada saya untuk terus memperjuangkan Islam dan memberikan khususnya dari segi pendidikan kepada seluruh umat Islam di Sabah ini walaupun di mana berada.

“Sambutan tahun ini cukup luar biasa selepas kita hampir tiga tahun tidak bersama sambutan terakhir secara fizikal adalah pada 2019 dan tahun ni cukup semangat tinggi dan kita inginkan semangat yang tinggi dalam kalangan umat Islam di Sandakan dapat menjelmakan sesuatu untuk agama Islam di Sabah,” katanya.

Sementara itu, penerima Tokoh Maulidur Rasul Negeri Sabah bagi wanita pula diberikan kepada Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Maimunah Suhaibul.

Beliau yang juga bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bersyukur diberikan anugerah berkenaan.

“Ini satu penghargaan yang besar bagi saya dan menginsafkan diri saya bahawa sebagai seorang penjawat awam ini kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa kita memikirkan apakah sumbangan kita dihargai ataupun tidak, tapi alhamdulillah kita dapat mengecapi apa yang dikehendaki oleh masyarakat itu sendri,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|