Tindakan Sanusi menyifatkan penyokong sendiri bagai pengemis keterlaluan – Razeef Rakimin

Tindakan Sanusi menyifatkan penyokong sendiri bagai pengemis keterlaluan – Razeef Rakimin

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Penerangan Keadilan, Razeef Rakimin terkilan dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Sanusi Md Nor yang menyifatkan pengundi PN sebagai ‘bodoh’ kerana meminta wang tambang untuk balik mengundi.

Beliau juga mengakui penyokong Pakatan Harapan (PH) sanggup menghabiskan ratusan dan ribuan ringgit untuk balik mengundi.

“Pengundi PH tidak pernah minta walaupun 10 sen, sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk pulang dari luar negara.

“Undi kita penting, jangan berkira duit minyak RM50, RM100 atau RM200 (kerana) yang lawan kita balik dari Taiwan, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia, duit tambang sekupang pun tak minta.

“Dia undi PH, dia jahanamkan kita. Hampa (anda) RM50 riuh merata, minta merata buat video dan tunjuk kat orang, buat malu.

“Kawan tu balik habis puluh ribu, sekupang dia tak minta pasai dia tau penting tanah ini untuk dikuasai,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, para pengundi PH ikhlas balik mengundi untuk mendapatkan semula mandat yang mereka berikan kepada PH pada 2018.

Jelas beliau, Ini adalah kelebihan dan sifat patriotik yang ada pada penyokong PH.

“Namun ini bukan alasan untuk menghina pengundi PN kerana kita tidak tahu kedudukan kewangan mereka.

“Mereka ingin balik mengundi kamu (PN) walau keadaan kewangan mereka tidak mengizinkan. Tetapi apa yang berlaku kamu hina mereka seolah mereka pengemis.

“Sepatutnya kamu berterima kasih kerana mereka, kamu berada di mana kamu berdiri hari ini,” katanya.

Tambah Razeef, walau berbeza pandangan politik, beliau menasihati Sanusi untuk menghormati pengundi.

“Sebagai seorang yang bersatus Menteri Besar, tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan pengundi walaupun beliau biasa mengeluarkan kenyataan ‘bodoh’,” katanya lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|