Tiga termasuk kanak-kanak parah dalam kemalangan

Tiga termasuk kanak-kanak parah dalam kemalangan

Beaufort: Tiga termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan parah selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran sebuah sekolah di Jalan Bandau Kuala Penyu, di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Fazril, 36, Livian, 25 dan Haikal, 9, mengalami kecederaan parah.

Pasukan bomba hadir ke lokasi sebaik menerima panggilan terdapat kemalangan berhampiran sebuah sekolah di Jalan Bandau Kuala Penyu. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.21 malam berhubung kejadian itu.

Katanya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dan Beaufort dikejar ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi terbabas sendiri di bahu jalan.

“Terdapat tiga mangsa mengalami kecederaan sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba dan semua mangsa dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan ambulans,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi, operasi kemudian ditamatkan selepas tiada lagi bahaya yang wujud.

“Operasi ditamatkan pada jam 10.51 malam,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|