Tiga cedera, van penumpang bertembung pacuan empat roda

Tiga cedera, van penumpang bertembung pacuan empat roda

Tawau: Tiga termasuk pemandu van penumpang cedera selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Batu 15, berhampiran Lapangan Terbang Tawau, hari ini.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, ketiga-tiga mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan terus dihantar ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Keadaan bahagian hadapan van yang remuk akibat kemalangan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.04 tengah hari.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

Tiga mangsa membabitkan kenderaan van penumpang dan sebuah pacuan empat roda dilaporkan cedera dan dihantar ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Setibanya dilokasi kejadian, kemalangan melibatkan kenderaan Isuzu D-max bertembung dengan sebuah Van jenis Toyota Hiace.

“Terdapat tiga mangsa cedera terlibat dan semua dihantar ke Hospital Tawau menaiki Ambulans dan kenderaan orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.49 tengah hari.

“Setakat ini, maklumat berhubung ketiga-toga mangsa terlibat masih belum dapat diperolehi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|