Terbentuknya barisan Kabinet Menteri Kerajaan Perpaduan hari ini

Terbentuknya barisan Kabinet Menteri Kerajaan Perpaduan hari ini

Kuala Lumpur: Spekulasi barisan jemaah menteri kabinet Kerajaan Perpaduan terjawab selepas diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Sebanyak 27 kementerian diwujudkan termasuk dua posisi Timbalan Perdana Menteri yang masing-masing turut memegang satu portfolio berasingan.

Dalam perutusan yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi, Anwar turut memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan.

Manakala jawatan Timbalan Perdana Menteri disandang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selain mengepalai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selain memegang portfolio Menteri Perladangan dan Komoditi.

Terdahulu, sebanyak tujuh wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) berada dalam kabinet, diikuti enam daripada Barisan Nasional (BN), GPS (6), Parti Tindakan Demokratik (DAP) (4), Parti Amanah Negara (PAN) (2) dan masing-masing satu daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar yang dilantik sebagai Menteri Agama.

Antara muka baru yang menjawat jawatan menteri dalam Kerajaan Perpaduan ini termasuklah Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi, Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan), Chang Lih Kang (Menteri Sains dan Teknologi), Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Perubahan Iklim), Ahmad Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi Digital), Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan).

Dr Zaleha Mustafa (Menteri Kesihatan) dan Datuk Armizan Mohd Ali sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah dan Sarawak).

Sementara itu, antara muka lama yang pernah menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan Persekutuan atau Negeri terdahulu termasuklah Anthony Loke Siew Fook (Menteri Pengangkutan), Mohamed Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Datuk Seri Mohamad Hasan (Menteri Pertahanan), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
(Menteri Kerja Raya).

Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Wanita), Datuk Seri Salahuddin Ayub (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Undang-Undang Reformasi dan Institusi), Datuk Ewon Benedict (menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Menteri Luar Negeri), Datuk Seri Tiong King Sing (Menteri Pelancongan), Datuk Aaron Ago Dagang (Menteri Perpaduan Negara) dan Hannah Yeoh yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Dalam pada itu, Anwar dalam sidang medianya turut memaklumkan Kementerian Kewangan akan dibantu penasihat yang tidak berbayar diketuai Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Beliau adalah bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas dari 1989 sehingga 2010. -DEASOKA

FAKTA
Senarai Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan 2023-2027

Perdana Menteri/ Menteri Kewangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri/Menteri Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Pengangkutan
Anthony Loke Siew Fook

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Mohamed Sabu

Menteri Ekonomi
Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan
Nga Kor Ming

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Mohamad Hasan

Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Menteri Dalam Negeri
Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Sains dan Teknologi
Chang Lih Kang

Menteri Wanita
Datuk Seri Nancy Shukri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Datuk Seri Salahuddin Ayub

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Reformasi dan Institusi)
Datuk Seri Azalina Othman Said

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Perubahan Iklim
Nik Nazmi Nik Ahmad

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Ewon Benedict

Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir

Menteri Pelancongan
Datuk Seri Tiong King Sing

Menteri Komunikasi Digital
Ahmad Fahmi Fadzil

Menteri Pendidikan
Fadhlina Sidek

Menteri Perpaduan Negara
Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Agama
Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar

Menteri Belia dan Sukan
Hannah Yeoh

Menteri Kesihatan
Dr Zaleha Mustafa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah dan Sarawak)
Datuk Armizan Mohd Ali

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|