SUKMA XX: Skuad karate Sabah terbaik

SUKMA XX: Skuad karate Sabah terbaik

Kuala Lumpur: Skuad karate Sabah mengakhiri cabaran pada SUKMA XX dengan tambahan satu pingat emas dan satu gangsa, hari ini.

Pingat emas dan gangsa terakhir mereka itu dimenangi dalam acara kumite berpasukan wanita dan lelaki di Dewan Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam.

Pingat emas dimenangi gandingan Amirah Syahirah Azlan, Leong Jia Chii dan Pressy Philip dalam acara kumite berpasukan wanita. Mereka menang 2-0 ke atas pasukan pasukan Selangor yang dianggotai Kayathiri Alagenthran, Srikah Ganesh dan Tanushree Bhaskaran.

Pasukan kumite lelaki Sabah pula menang gangsa. Gandingan Mohamad Iqmal Jafar, Mohd Zuhair Zulkifli Zainal, Muhammad Aiman Azlan, Richal Mattan dan Stanley Dulian menang 2-1 ke atas pasukan Terengganu.

Tambahan satu emas dan perak hari ini tersebut bagaimanapun merupakan bonus buat skuad karate kerana mereka telahpun mengotakan sasaran dua pingat emas kelmarin.

Keseluruhannya, skuad karate menyumbangkan tiga pingat emas, dua perak dan tujuh gangsa sekaligus muncul selaku pasukan terbaik dalam sukan itu.

Keseluruhannya, sukan karate menawarkan 16 pingat emas, 16 perak dan 32 gangsa. Pesaing terdekat Sabah ialah Pulau Pinang dengan tiga emas, dua perak dan lima gangsa dan Wilayah Persekutuan dengan tiga emas, dua perak dan empat gangsa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|