SUKMA XX: Joel raih emas pertama skuad tinju Sabah

SUKMA XX: Joel raih emas pertama skuad tinju Sabah

Kuala Lumpur: Joel Evekly Jain menumpaskan Sharol Nizam Norsukeri dari Johor pada final tinju lelaki kategori bantam weight (51-4kg) untuk menamatkan kebuntuan pingat emas skuad tinju Sabah.

Sukan tinju yang berangsung di Kompleks Futsal Malaysia Presint 18, Putrajaya itu menyaksikan Joel menang ketiga-tiga pusingan untuk emas pertama skuad tinju Sabah hanya menang gangsa menerusi Steve Yosores dalam kategori Ligh Flyweigt (46-48k).

Pertandingan tinju berlangsung sehingga hari terakhir SUKMA XX esok dengan tawaran enam lagi pingat emas.

Salah satu final itu membabitkan peserta Sabah, Erron Liaw Kok Sheng yang akan berhadapan dengan Mohamad Asuad Mohd Halim dari Pulau Pinang dalam kategori light middleweight (67-71kg).

Sambil itu, skuad pencak silat Sabah menang empat gangsa di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengumpul lima gangsa setakat jam 5 petang ini.

Pemenang pingat gangsa itu terdiri daripada Awangku Tarmizal Tamin dalam kategori lelaki Kelas D (60-65kg), Muhammad Helmi Basrol (lelaki Kelas E 65-70kg), Mohd Shahrul Zecky Sulaiman (lelaki Kelas F 70-75kg) dan Riezlynn Edelya Edtasha Ahmad Rozi (wanita Kelas B 50-55kg).

Pingat gangsa pertama skuad pencak silat Sabah dimenangi Ramizah Gelit @ Abas gangsa dalam acara Jurus Tunggal Baku individu wanita.

Pertandingan pencak silat berlangsung sehingga lewat malam ini.

Sabah juga raih pingat gangsa menerusi pasukan bola tampar lelaki.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|