Tiga rumah musnah terbakar

Tiga rumah musnah terbakar

Sandakan: Tiga rumah penduduk di Kampung Sibuga, Batu 10, di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Bagaimanapun, kebakaran yang berlaku jam 1.50 tengah hari itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Keadaan rumah yang musnah terbakar di Kampung Sibuga, Batu 10, Sandakan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.53 tengah hari.

Katanya, seramai 17 anggota termasuk pegawai bersama tiga jentera dan EMRS dihantar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan tiga buah rumah jenis tidak kekal yang musnah sepenuhnya.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran, dua pancutan air dari sumber tangki jentera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada 2.22 petang dan tamat sepenuhnya pada 3.15 petang.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|