Laluan sukar kotakan sasaran 40 emas

Laluan sukar kotakan sasaran 40 emas

Kuala Lumpur: Sehingga jam 7.00 malam ini kontinjen Sabah merangkul 30 pingat emas, 26 perak dan 39 gangsa pada SUKMA XX MSN 2022.

Sukan terbesar negara itu akan menutup tirai pertandingan dengan hanya beberapa pingat lagi esok disamping beberapa pingat malam ini, situasi yang meletakkan laluan Sabah mengotakan sasaran 40 pingat emas nampak sukar.

Empat pasukan di atas Sabah menyaksikan Johor selesa mendahului untuk merangkul gelaran juara keseluruhan dengan 74 pingat emas, 46 perak dan 43 gangsa.

Di tangga kedua ialah Wilayah Persekutuan (52e-57p-64) diikuti Terengganu (52e-46p-57g) dan Selangor (30e-52perak-42g).

Dua pasukan yang mengekori rapat Sabah ialah Sarawak (28e-39p-53g) dan Pulau Pinang (27e-26p-43g).

Pencapaian terkini bagaimanapun masih membuka peluang untuk Sabah mencapai sasaran berada dalam kelompok lima pasukan teratas atau sekurang-kurangnya berada dikedudukan lebih baik berbanding ditangga kelapan pada SUKMA 2018 Perak.

Pada Sukma 2018, Sabah merangkul 32 pingat emas, 28 perak dan 4 gangsa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|