SPRM tahan guru besar, pecah amanah

SPRM tahan guru besar, pecah amanah

Kota Kinabalu: Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang guru besar kerana disyaki menyalahgunakan wang sumbangan berjumlah RM8,000.

Sumber berkata, suspek wanita berusia 60 tahun itu ditahan ketika dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan, bagi membantu siasatan, jam 11 pagi tadi.

“Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan, minggu ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksysen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|