SMK DPM rai pelajar inovasi cemerlang

SMK DPM rai pelajar inovasi cemerlang

Penampang: Kelab Inovasi Guru dan Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, di sini, meraikan pencapaiaan ahlinya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun ini.

Kejayaan ahlinya terutama dalam pertandingan inovasi itu diraikan dengan pemberian sijil pengiktirafan pada Majlis Apresiasi Kelab Inovasi Guru dan Murid oleh sekolah berkenaan baru-baru ini.

Bersama-sama pada majlis itu ialah Pengetua, M Rahim Md Lair, guru-guru seperti Irene Lung, Alice Chung, Monica Loh, Nainey Ajik dan pelajar termasuk mereka yang diraikan.

Antara pencapaian ahli kelab itu di peringkat antarabangsa ialah menang lima pingat perak dan dua gangsa pada edisi ke-10 Malaysia International Young Invention Olympiad dan tiga pingat perak World Science Youth Invention and Innovation.

Di peringkat kebangsaan pula mereka menang satu pingat perak dan satu gangsa di samping satu Anugerah Juri pada pertandingan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Mereka juga muncul johan dan naib johan menerusi empat penyertaan pada Inovasi Digital Video serta merangkul Anugerah Pilihan Juri dalam Inovasi Plastik.

Ahli Kelab Inovasi Guru dan Murid SMK Datuk Peter Mojuntin juga menyerlah dalam beberapa pertandingan tempatan Sabah dalam bidang PB STEM seperti Inovasi Video Nuklear dan Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi (iDEA 22).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|